Latar belakang Sumpah_(lagu_Aina_Abdul)

Dalam temuramah bersama mStar Online, Aina Abdul mendedahkan beliau pernah mengalami masalah kemurungan akibat kemunduran kerjayanya selepas menyertai Mentor Legend pada 2014.[1] Aina turut menjelaskan beliau telah melakukan apa yang terdaya untuk membina kerjaya nyanyian namun gagal menyebabkan beliau tertekan dan hilang keyakinan diri. Beliau juga berkata "Sumpah" dihasilkan berdasarkan pengalaman peribadinya selain masalah mental yang dihadapi. Beliau berkata dalam temuramah itu:[1]

"Apabila semua yang saya lakukan tidak menjadi ia membuatkan saya tertekan sehingga saya berada dalam keadaan kemurungan selain tiada keyakinan diri. Sejak itu saya jadi banyak berfikir dan mempersoalkan setiap tindakan saya menyebabkan saya jadi ragu-ragu untuk keluar dengan lagu baru. Melihat rakan-rakan seangkatan aktif dengan kerjaya masing-masing membuatkan saya lebih rendah diri namun saya sedar masa saya belum tiba".

Lagu ini dikeluarkan terlebih dahulu sebelum lagu bertajuk sama nyanyian Naim Daniel dikeluarkan sebulan kemudian.

Rujukan

WikiPedia: Sumpah_(lagu_Aina_Abdul) https://music.apple.com/gb/album/sumpah-single/145... https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://gempak.com/berita-terkini/dah-tak-ada-idea... https://www.malaymail.com/news/showbiz/2019/05/13/... https://open.spotify.com/track/7si2OcSkjkmTwuJu18b... https://wanista.com/2019/184041/aina-abdul-cetus-m... https://www.youtube.com/watch?v=MnP-L_kR6w8 https://www.youtube.com/watch?v=p6yEPaMICgU https://www.hmetro.com.my/utama/2020/02/542960/per... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2019/03...